

1. Apakah itu Income Card?Income card atau income protection merupakan salah satu pelan Takaful dimana ia memfokuskan perlindungan pendapatan atau pelan pengganti gaji sekiranya kita ditimpa musibah sakit kritikal/kronik dan tidak mampu untuk bekerja mencari rezeki untuk diri dan keluarga.2. Kenapa ianya penting?Sekiranya anda seorang ketua keluarga atau ada orang yang bergantung pada pendapatan anda, dan suatu hari anda didatangi musibah yang mana anda tidak mampu lagi bekerja. Income Card/Protection inilah yang akan membantu anda ketika itu dengan memberikan anda pampasan tunai.3. Apa yang perlu diambil kira sebelum mengambil pelan ini?
Sekiranya anda tidak mampu bekerja, berapa lamakah masa yang diambil oleh pasangan kita untuk bekerja (sekiranya pasangan tidak bekerja) dan mempunyai pendapatan sendiri untuk menampung seisi rumah?
Adakah keluarga anda sangat bergantung pada pendapatan anda untuk perbelanjaan bulanan? (Pasangan bekerja tetapi mungkin gajinya tidak mampu menampung perbelanjaan seisi rumah sepenuhnya)
Berapa perbelanjaan bulanan isi rumah yang anda tampung?
Adakah anda mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan?
Sekiranya anda tidak mampu bekerja, berapa lamakah masa yang diambil oleh pasangan kita untuk bekerja (sekiranya pasangan tidak bekerja) dan mempunyai pendapatan sendiri untuk menampung seisi rumah?
Adakah keluarga anda sangat bergantung pada pendapatan anda untuk perbelanjaan bulanan? (Pasangan bekerja tetapi mungkin gajinya tidak mampu menampung perbelanjaan seisi rumah sepenuhnya)
Berapa perbelanjaan bulanan isi rumah yang anda tampung?
Adakah anda mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan?
Setelah membuat kira-kira, barulah kita boleh nampak jelas impak pendapatan kita untuk seisi keluarga. Kemudian barulah kita oleh buat keputusan untuk jumlah Income Card yang perlu kita ambil.4. Cara mengira jumlah pampasan Income Card yang diperlukan.Misalnya, gaji bulanan kita adalah RM4000 sebulan.Gaji anda x 12 bulan x 5 tahun = Nilai pampasanRM4000 X 12 bulan x 5 tahun = RM240,000


1. Apakah itu PruBSN Anggun?PRUBSN ANGGUN menawarkan perlindungan lengkap dan menyeluruh untuk penyakit khusus wanita seperti Kanser Wanita, Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) Dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk dan Karsinoma-In-Situ Wanita, rawatan wanita, kesihatan mental dan juga perlindungan untuk kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).Selain itu, PruBSN Anggun akan menawarkan Manfaat Peringkat Hidup untuk peristiwa kehidupan yang penting.2. Manfaat-manfaat yang akan diterima dalam pelan ini.i. Manfaat Kematian dan Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Manfaat kematian atau TPD, 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas dan jumlah nilai tunai akan dibayar.ii. Perlindungan Menyeluruh Penyakit Wanita
Menawarkan perlindungan Kanser Wanita, Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) Dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk dan Karsinoma-In-Situ Wanita untuk menyokong perjalanan pemulihan anda.iii. Manfaat Penjagaan Mental
Jaga diri dan uruskan kesihatan mental anda dengan Manfaat Penjagaan Mental yang memberikan pembayaran balik sehingga 10% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau RM5,000, yang mana lebih rendah, atas kos rawatan psikiatri pesakit luar untuk memberikan sokongan penjagaan mental apabila anda memerlukannya.iv. Manfaat Peringkat Hidup pada Peristiwa Kehidupan yang Berbeza
Menawarkan ganjaran dan bantuan tunai semasa peristiwa kehidupan penting berlaku,
sehingga 9% daripada Jumlah Perlindungan Asas.v. Bayaran Tempoh Matang
Apabila tempoh matang, anda akan menerima jumlah nilai tunai sijil anda.


1. Apakah itu PruBSN Aspirasi?PruBSN Aspirasi, merupakan pelan simpanan dan pelaburan yang berasaskan takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan PruBSN Aspirasi, anda akan dapat merancang dan menguruskan kewangan anda secara strategik.Apa yang anda perlu lakukan ialah menilai keupayaan kewangan semasa anda supaya anda dapat memastikan bahawa pada penghujung hari nanti, anda mempunyai dana yang kukuh untuk masa depan keluarga dan kehidupan anda melalui simpanan yang konsisten, pelaburan, dan pada masa yang sama memastikan anda dan keluarga anda dilindungi sebaiknya.2. Kenapa anda perlukan simpanan dan pelaburan yang baik?i. Dana Gaya Hidup yang kukuh untuk keluarga
• Bebas hutang
• Mengerjakan Haji/Umrah dengan keluarga anda
• Menaja percutian impian ibu bapa andaii. Dana Pendidikan yang kukuh untuk anak
• Menghantar anak anda ke universiti yang tersohor
• Mendaftar anak anda ke akademi yang terkenaliii. Dana Persaraan yang kukuh
• Menikmati persaraan anda tanpa kerisauan
• Mengembara bersama pasangan anda
• Mengubahsuai rumah anda tanpa menggunakan simpanan KWSP3. Manfaat-manfaat yang ada dalam PruBSN Aspirasii. Bayaran Tunai Tahunan atau Dividen
Anda akan menerima peningkatan bayaran tunai atau dividen tahunan sehingga 9% bermula dari akhir tahun sijil ke-2 hingga akhir tempoh manfaat. Anda boleh menentukan untuk menggunakannya atau melabur semula bayaran tunai tahunan anda dengan kami.ii. Perlindungan Hibah
Anda & keluarga anda akan dilindungi dari segi kewangan jika Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) atau kematian berlaku kepada anda.iii. Bayaran Pada Tempoh Matang
Anda akan menerima sejumlah wang tunai pada akhir tempoh sijil.100% Jumlah Perlindungan Asas dan Akaun Unit PelaburanatauAkaun MaxiShield, Akaun Unit Pelaburan dan Akaun Unit Pelaburaniv. Penerimaan Dijamin
Tidak perlu melalui pemeriksaan kesihatan dengan adanya Tawaran Pemberian Dijamin apabila anda menyertai pelan asas tanpa sebarang rider kecuali Takaful Saver dan Ihsan, sehingga RM300,000 untuk Jumlah Perlindungan Asas, setiap hayat untuk yang berumur 60 tahun dan ke bawah.v. Fleksibiliti
Anda boleh menentukan Tempoh Sumbangan dan Tempoh Bayaran anda sendiri.Kami memberikan anda pilihan untuk membuat sumbangan sama ada tempoh 5, 10 atau 20 tahun dan menikmati perlindungan selama 15, 20, 25 atau 30 tahun.
| Tempoh Manfaat | Tempoh Bayaran |
|---|---|
| 15 tahun | 5 tahun |
| 20 tahun | 5 atau 10 tahun |
| 25 tahun | 5 atau 10 tahun |
| 30 tahun | 5, 10 atau 20 tahun |